04 July, 2010

Pengorbanan yang tidak ternilai

Allahu Akbar..

Beratnya taklifat ini..

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu. Terasa kepenatan yang amat..

Semenjak ketiadaan keluargaku kali ini, terasa beratnya beban di pundakku. Semalam, sebelum keluargaku bertolak ke Terengganu, aku sempat menyalami mereka sebelum ke mesyuarat di permatang pauh. Usai mesyuarat, terus menziarahi seorang sahabat yang sudah hampir 4 tahun tidak berjumpa. Aku menjemputnya di Maktab Tunku Bainun. Kami menghabiskan masa bersama hampir 2 jam walaupun hanya berjalan - jalan di Jusco. Kemudian, mendapat panggilan dari umi tercinta, mohon untuk ambilkan adik di SMART. Katanya sudah dapat keizinan untuk pulang kerana mahu kemaskan pakaian untuk ke Kuala Lumpur khamis ini untuk pertandingan debat. Dengan kepenatan masih lagi bersisa, terus aku meluncur laju ke SMART. Pulang sahaja sudah hampir jam 7 malam. Allahu Akbar. Tidak sempat untuk bertemu Ust Dzulfakor petang tu. Maaf buat kalian yang menunggu jawapan kertas keje. Sudah tidak mampu mengisi jam2 yang aku kira sudah padat.

Pulang ke rumah, terus merebahkan diri. Sudah berjanji dengan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Asifi enti mahbubah! Sudah mengonlinekan diri tapi rohnya sudah berada di alam lain. Menerima panggilan dan sms dari sahabat handai. Hanya tersedar buat seketika dan mampu membalas beberapa mesej sahaja. Subhanallah. Nikmatnya suatu kerehatan!

Hari ini aku kembali berjalan, melihat dan mentafsir.

Ditemani 2 orang adik di rumah, masing - masing dengan kerja yang sedia ada. Aku mengadap laptop menyiapkan kertas kerja yang harus diselesaikan hari ini juga. Sesambil itu, mengatur jadual seharian, fiqh aulawiyat diaplikasikan. Jam 2 petang, terus meluncur laju ke SMART tanpa mengisi sedikit pun perutku. Menghantar adikku pulang ke sana. Dalam hati ku panjatkan moga Allah mempermudahkan urusanku hari ini. Sampai di SMART, menunggu adik yang seorang lagi untuk membawanya keluar outing. Pelbagai kerenah terpaksa dipenuhi memandangkan tiada ibu ayah disisi. Melayan mereka cukup membahagiakan ditambah pula tugas seorang anak sulung apabila tiada mereka disisi. Usai outing, menghantar mereka pulang ke SMART semula. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Aku harus segera pulang ke rumah kerana perlu menghantar 2 orang adik lagi ke SMKANT. Masya Allah. Kelenguhan mula terasa. Perut belum diisi. Allahu Akbar! Moga aku terus kuat.

Sampai di rumah tepat jam 5.30 petang. Bayangkan aku memecut laju dari Tasek Gelugor ke Parit Buntar dengan hanya memakan masa 30 minit! Alhamdulillah. Allah mempermudahkan segalanya. Adik masih belum siap untuk pulang. Aku segera mengisi perut yang sudah menggelegak. Sempat juga online buat seketika. Tiada khabar baru. Tepat jam 6.15 petang, terus ke SMKANT. Pulang semula ke rumah sudah jam 7 malam. Dah hampir waktu maghrib. Kunci semua pintu rumah memandangkan hari ini aku keseorangan. Angkat pakaian di jemuran, sidai semula yang sudah dibasuh. Allahu Akbar. Aku masih belum rehat lagi. Hemat diri. Laptopku dibiar terbuka sambil melayan ikim online. Sehingga sekarang, aku mencari ruang dan peluang untuk berehat seketika kerana badan sudah tidak mampu lagi.


Ya Allah, indahnya hidup pada setiap saat. Ada benarnya hadis mengenai 2 nikmat yang jarang disyukuri iaitu nikmat sihat dan lapang. Pabila kesibukan melanda, baru kita nak kan kelapangan walaupun seminit dua tapi apabila saat kita penuh dengan masa - masa yang lapang, kita bazirkan nikmat itu dengan kebosanan dan perkara - perkara tidak berfaedah.

Nikmatnya masih punya kudrat lagi. Bisa melakukan apa sahaja sewaktu tidak sakit. 2 nikmat ini kita jarang syukuri. Ampunkan aku Ya Allah.

2 hari tanpa ibu dan ayah disisi sangat - sangat dirasai. Pemergian mereka ke Terengganu untuk menghantar adik ke salah sebuah institusi pengajian di sana. Sebenarnya, aku juga sepatutnya ke sana tapi disebabkan adikku pulang minggu ini dan aku perlu menghadiri mesyuarat, jadi ku tangguh percutian ke sana atas dasar taklifat.

Ya Rabb, 2 hari ini cukup membuatku mengerti pengorbanan ayah dan ibuku selama ini. Tanggung jawab mereka aku galas sekarang. Penat dan lelahnya. Mencabar kudratku. Bagaimana ibu bapaku bisa menyelesaikan rutin seharian mereka. Bekerja, memasak, hantar adik ke sekolah dan sebagainya, semua itu memerlukan tanggungjawab yang besar. 'Azim! Tidak ternilai jerit perih kedua orang tuaku mendidik kami adik beradik. Tiada keluhan melintas di bibir mereka saat kami perlukan sesuatu. Syukur Ya Allah. Kau pinjamkan mereka untuk kami.

Sedang aku menyidai pakaian sebentar tadi, dengan rehat pun belum dipenuhi, aku bermuhasabah seketika. Andai pinjaman ibu dan ayahku ditarik semula, apakah aku mungkin bisa menggalas tanggungjawab ini seorang diri? Apakah aku sanggup membesarkan adik - adikku? Memberi mereka nafkah, menggantikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah? Allahu Akbar. Terasa beratnya. Hanya Engkau yang tahu kemampuanku Ya Allah. Aku tidak sanggup menerima ujian seberat itu buat masa sekarang.

Seringkali aku bermuhasabah setiap kali pulang ke kampung halaman. Adakah aku mampu mengisi cutiku ini bersama keluargaku? Membuatkan mereka gembira? Andai inilah peluang terakhirku bersama mereka, maka akan aku isi setiap masa untuk menjadi anak solehah. Akan ku isi setiap waktuku dengan memberikan kegembiraan kepada mereka. Membantu ibu dan bapaku ketika mereka kesibukan. Mengurangkan beban hidup mereka, berbakti semasa mereka masih dipinjamkan kepada kita, mengapa tidak kita isikan waktu yang masih berbaki ini bersama? Gembira sekali menatap wajah mereka. Wajah yang kian kedut dek dimakan usia. Wajah orang tua yang membesarkan kami bak kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh Ya Allah. Perjalanan hidup ini memberi satu makna yang bererti. Hanya Engkau yang dapat membalas jasa baik mereka. Apalah sangat pertolonganku selaku anak. Mungkin sehabuk cuma tapi aku mengharapkan ada nilaiannya disisiMu Ya Allah..

(Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)

    286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

    Surah Al-Baqarah (Ayat 286)


    (sudah mengalirkan air mata saat menulis)

    Umi, along sudah penat sekarang. Pulanglah segera.......huhu

    Nampaknya aku masih belum sesuai untuk membina rumah tangga lagi~

    Fullstop.

    Keletihan sangat. Esok punya taklifan lain pula perlu diselesaikan segera sebelum berangkat pulang ke Nilai.

    Ya Allah, ubatilah kerinduan ini~

    3 comments:

    :: سكينة :: said...

    tertarik yang ini... hehe

    "Nampaknya aku masih belum sesuai untuk membina rumah tangga lagi~"

    ok alang.. slamat berbakti pd umi & abi... mudah2an mereka slamat pulang...

    :: سكينة :: said...

    Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.

    Bijen M. said...

    Ini tarbiah untuk get ready berumah tanggalah.
    :)

    Post a Comment