22 February, 2009

Hati Ibarat Contact-Lens



Ana terfikirkan satu analogi yang berkaitan dengan hati. Analogi ni mudah je. Hati ini kan suatu daging yang Allah ciptakan dan merupakan semulia-mulia anggota. Kerana hati ini adalah asal tempat keimanan. Ana kaitkan hati kita ini dengan contact-lens. Cuba kita perhatikan contact-lens, lembut sangat kalau dipegang. Bukan setakat lembut, bahkan jua sensitif. Begitulah hati, lembut sekiranya kita baja hati kita, kita siram ia, kita pelihara ia dengan sebaiknya. Maka hati ini akan memberikan hasil yang terbaik kepada pemiliknya melalui anggota badan, perlakuan dan juga akhlak.


Tetapi, sekiranya kita tidak membaja hati kita dengan sebaiknya, tidak diberi makanan berupa alunan kalimah Allah dan zikir-zikir, maka hati kita tadi akan menjadi keras dan membeku. Lalu kita susah untuk menerima nasihat dan teguran kerana kita malas untuk membersihkan dan membiarkan hati kita menerima perkara – perkara yang tidak baik.


Begitu juga dengan contact-lens. Contact-lens diletakkan pada anak mata untuk membantu penglihatan orang yang rabun. Sekiranya contact-lens tadi menjadi kering dan tidak diberikan cecair (eye-drop), maka contact-lens itu akan menjadi keras dan terus melekat dan mencengkam anak mata. Lalu memberi kesan kepada mata kita. Mungkin pada mulanya hanya memberi jangkitan kuman, tetapi lama – kelamaan menyebabkan mata kita diserang penyakit kanser mata. Itu adalah disebabkan kecuaian seseorang individu untuk menjaga dengan baik contact-lens tadi. Begitu jugalah hati kita, sekiranya kita membiarkan ia penuh dengan karat-karat, beku lagi keras, akan memberikan impak kepada anggota, akhlak dan setiap kelakuan kita. Jadinya, tingkatkanlah amalan kita dengan membuang karat-karat kejahilan dalam hati dengan muraqabah kepada Allah.



Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.




Rasulullah SAW ada menyifatkan betapa tingginya kedudukan hati ini seperti berikut :

Manusia itu dua matanya (ibarat) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya.



Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan cara pentarbiyahan yang pertama dihalakan kepada hati kerana hati adalah anak kunci segala perubahan. Jika hati kita mula beristiqamah, maka anggota lain juga akan turut beristiqamah. Sekiranya baik dan sihat hati kita, maka baiklah kesuluruhan jasad kita dan sekiranya buruk hati kita, maka buruklah keseluruhannya.


Sebagai seorang daie di muka bumi Allah ini, pengisian rohani itu adalah penting dan perlu diutamakan. Kalau kata lapar sekalipun, kita akan isi perut kita dengan makanan. Tetapi, adakah sekadar memberi makanan kepada perut sudah cukup untuk memberi makanan kepada hati dan rohani kita? Cuba kita bezakan diri kita apabila kita benar-benar muraqabah dengan Allah dalam sebulan dengan kita jauhkan diri kita pada Allah dalam seminggu. Ada bezakan. Mumkin jika hati kita ini benar-benar dipelihara oleh Allah, dalam sehari pun kita tidak mampu untuk menjauhkan diri kita pada Allah kerana kita akan merasa resah lagi gelisah dan hilang pertimbangan. Subhanallah, betapa besarnya kesan hati kepada seluruh jasad kita.


Teringat ana pada sepotong lagu (IDEAL-Penawar Hati)



Penawar hati
Ingatkan Allah
Bacalah Al-Quran
Jiwakan tenang
_________________

Ingatkan Allah di setiap masa
Setiap ketika, dalam hidup ini
Cintakan ia, agungkan ia
Terasa bahagia jiwa yang lara

Ingatkan Allah hatikan tenang



Hati ini kalau diberikan makanan yang baik, ia memproses makanan tadi dan menghasilkan natijah yang baik. Apabila hati kita sihat, ia menentukan bahawa hati kita ini bersih dari segala keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Antara yang membuktikan hati masih selamat ialah sifat tenang dalam menghadapi setiap kesukaran. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para du’at untuk memerhati, mengambil berat dan menggesa perkembangan hati kita. Apabila kita tahu sejauh mana perkembangan hati kita, kita dapat meneliti keras lembutnya dan darjah kepekaannya. Lalu dapat memastikan apakah hati kita masih hidup atau sudah mati.



Kesimpulannya, peliharalah hati kita dengan sebaiknya. Bajailah ia dengan alunan kalimah Allah dan zikir-zikir yang akan memberi ketenangan jiwa. Jadikan mathurat sebagai amalan harian untuk memberi extra-vitamin kepada hati. Jangan biarkan ia keras dan penuh dengan karat-karat kejahilan sepertimana contact-lens tadi. Kalau kalian mampu untuk menjaga contact-lens (bagi mereka yang memakainya) dengan sebaiknya, kenapa tidak menjaga hati yang lembut jua sensitif ini sepertimana kalian menjaga contact-lens? Tepuk dada, tanya iman!






Sesungguhnya hati ini milik Allah dan segala-galanya untuk Allah



Durratul Akhyar
1252pm,22/02/09
KKNC

2 comments:

Azimah Mima said...

Seronok baca tazkirah Adah ni... analogi yang menarik. Tentu boleh jadi pentazkirah yang baik sama macam mak Adah nanti! :)

Durratul Akhyar said...

eh..x reti sgtla..jauh beza la madam..sy ni byk lg nk kene blaja..papepn thanx a lot coz sudi comment my blog(^_~)

Post a Comment