20 July, 2009

Keadilan Buat Teo Beng Hock

Kematian Teo Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sangat mengejutkan masyarakat Malaysia terutama pihak pembangkang. Kes ini menimbulkan banyak persoalan yang bermain dalam fikiran segelintir pihak. Saya juga menjadi tertanya - tanya bagaimanakah kejadian itu berlaku walaupun telah diberitahu di dada - dada akhbar bahawa mendiang Teo Beng Hock mati terjatuh bangunan dari tingkat 14. Apakah sebenarnya dia membunuh diri atau merupakan rancangan dari pihak yang tertentu?


'Tubuhkan Suruhanjaya Tegakkan Keadilan'


di kediaman mendiang di Alor Gajah

Begitulah antara banner yang telah digantung di rumah keluarga mangsa di Taman Sri Kelemak, Alor Gajah. Ramai yang datang menziarahi memberikan penghormatan terakhir buat mangsa. Berduyun - duyun manusia datang mewakili pelbagai pihak. Ada yang datang dari Sungai Siput, Seberang Jaya dan serata tempat. Polis juga tidak lupa untuk mengawal keadaan yang sangat sibuk bukan sahaja di jalan besar malah di jalan kecil di dalam taman itu sendiri.

Teringat kata - kata seorang nyonya yang merupakan jiran kepada famili mangsa

'Tak percaya mcm mn dia boleh mati. Mana boleh tingkap tu bukak sendiri dia mau terjun. '

'Kenapa haa polis itu datang2 sini nak buat kacau ke. Dia mati tak tenang oo!'


kelihatan dari jauh kenderaan yang membawa mendiang


kereta yang membawa mendiang


Sememangnya menjadi suatu kepelikan dalam kes kematian Teo Beng Hock. Sudah semestinya rakyat mengharapkan satu siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab diambil untuk menyiasat kes itu dan cadangan satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan. Moga suruhanjaya diraja dapat ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat disebalik kematian mendiang Teo Beng Hock.

Mendiang dikebumikan di Memorial Park Semenyih tengahari tadi.

Maklumat Lanjut : Harakah

0 comments:

Post a Comment