03 July, 2009

Sireh Pulang Ke Gagang I

2 Julai 2009

Pukul 11.30 pagi, aku segera bertolak ke SKPTM (Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat) yang terletak di seberang jalan yang memisahkan antara negeri Pulau Pinang dan Perak. Sungguh ramai waris2 yang sudah tiba. Apa urusanku ke sana? Aku ditaklifkan untuk menjadi waris kepada adik2ku (bukan waris jari hantu) menggantikan ummi yang tidak hadir disebabkan kerja. Hari ini merupakan hari waris tengok report card. So aku sebagai waris kepada 3 orang adik2ku bersama Kak Ummu Hani bergegas ke kelas mereka. Ades! Kat mana ni? Tatau kelas kat mana! Lalu aku dan Kak Ummu menggagau mencari2..tgk signboard..akhirnya....

ni la SKPTM (blok yg aku x smpt rs)


nun jauh sana kelihatan surau SKPTM
(kt cni dulu kn ada pokok ketapang..pokok yg dikatakan berhantu..tp ms aku dtg tu dh xde dh)


aku dh smpai kt klas darjah 1


beginilah respon adik2 darjah 1


ni adik k.ummu (mohd zakiyuddin). cuba tgk leklok kt blkg tu. ada bdk malu2 kucing la


taraa..dia mula menjenguk!


tadaa..ni la si bdk kecik tu..adik bongsu k.ummu (ahmad nuruddin) yg malu2 kucing ngn aku tu


bersama ibu muda..hehe..ni 3 beradikla=p


ibu dan ayah prihatin


tgk tu..betapa sygnya ibu dia!

Walaupun aku dapat ke sana tapi yang sedeynye..tak dapat nak jumpe sangat sume bekas2 cikguku. Huhu. Teringat masa pergi ke kelas adikku, Iffah. Ada sorang cikgu ni tnya.. 'ni anak sulung ke?' sambil menunjuk pada adikku. Mahu je aku jerit kat situ gak! 'Sebenarnya saya yang anak sulung, ni adik sayala cikgu!' Tu la..salah aku gak kot coz x cakap awal2 nak amik buku rekod adik. Kan dah kene cop camtu!

Usai saja mengambil buku rekod ketiga-tiga adikku, aku segera pulang ke rumah. Fuh..memang penatla. Pastu nak kene amik adik kat tadika lagi. Nak hantar g skolah agama lagi. Banyaknya keje..macam praktikal jadi ibu mithali lak..hehe..

K la..cukup la kemengarutan aku..

Sebelum tu..just nak bitau. Dulu aku trime pendidikan di SKPTM pada awal April 1998- 2001. Banyak kenangan aku kat sana. Naik pentas amik hadiah. Memacamla. Tak larat nak tulih. Kan best kalo ada mesin yang leh detect aku cakap n trus transfer masuk blog. Haha..berangan~

Tu jela nak citer pasal SKPTM. Wat sume guru2 ku yang pernah mengajar anak muridmu ini..

Cikgu Rodziah
Teacher Noraini
Cikgu Imtiaz
Cikgu Razak
Teacher Rashidah
Sir Tajuddin
Cikgu Norliza
Cikgu Janariah
Ustazah Noraini
Ustazah Maimu
Ustazah Kamariah
Cikgu Naimah
Cikgu Siti Zubaidah
dan semua cikgu yang SKPTM..

Terima Kasih atas jasa kalian.

Moga Allah membalas segala pengorbananmu dalam mendidik anak bangsa tercinta!

2 comments:

panglima_khalid said...

skptm???

zaman sir tajuddin, mknenye kite samada sebaya atau awak lebih tua...

saya 1992-1998 (upsr)

kelas cikgu leha...

Durratul Akhyar said...

maap..sy lbh muda pd awk=p

upsr (2001)

Post a Comment