20 June, 2009

Memories of Kem Harapan Sapura





Masih terngiang-ngiang lagi suara itu...

'Akak, akak dah kawen ye? Tak baik tipu..saya dah dengar gosip2 ni!'
'Akak ada anak dah ek? Tu kat dalam wallpaper hp tu sape?'
'Peristiwa gembira yang saya paling suka skali adalah..sy dapat jumpe fesi macam akak'
'Saya nak ngorat akak boleh? Tapi xpelah..akak dah ada husband!'
'Dah lama sy minat kt akak sejak mula2 fesi kenalkan diri..sy nak amik gambo ngn akk bole?'
'Saya nak pilih akakla sebab akak comel'
'Akak ni macam biskutla!'

Begitulah serba sedikit kata2 yg aku terima sejak berkampung di Nilam Court dan menjadi fasilitator dalam Program Kem Harapan Sapura anjuran bersama USIM dan Yayasan Harapan Kanak - Kanak Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Sapura.

Sebelum tu..aku kire nak menjawapla beberapa soalan kt atas tu..takut ada org salah faham nanti..

'Sejak ble plak akak kawen..jemputan kad kawen pn x distribute lg' (mcmla nk kawen)
'Haha..tu gambo adik bongsu akkla..rindu sgt kt dia..sbb tu akk wat wallpaper' (ada gaya cm ibu orgkah aku ni)
'Terharunya...x sangka plak..akk rindu sgt kt adik2..especially my 3 heroes yg nakal..ske kenekan fesi ni..adik hafis, adik akram fidaiy n adik fazren' (rindu mode)
'Owh adik Husain, akk senyum je awk ckp cmtu..blaja pepandai dulu dik oii!' (geli hati aku dibuatnya!)
'Hehe..thanx dik coz hargai akk sbg fesi..bole2..jom kte amik gmbo!' (adik kembar minat aku!)
'Haha..pape jelah dik oi! Checkpoint yg sama gak (ada ke plak aku suh pilih fesi kt checkpoint dia ckp cmtu..amik ati xnk kene denda la tu!)
'Maap dik, akak x sengaja! (gara2 hirasah aku bangun lewat pg esoknya..sbb tu ada adik pggl aku mcm biskut chipsmore..kejap ada..kejap xde!)


3 hero aku yg nakal! (dr kiri-akram,fazren n hafis)

Perkampungan kami skuad SPMM selama 3 hari 2 malam dari 12 Jun - 14 Jun 2009 memberi makna kepada semua fasilitator dan urusetia. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabat seperjunganku, Syuhada kerana memberi peluang kepada diri yg serba dhaif ini menjadi fasilitator.

Buat Syu---> Ana bknlah sehebat kalian (fesi2 yg ada) tp jazakillah coz bg ana peluang utk improve diri ana...byk sgt ana blaja dr program ni..juga para mad'u yg bermacam kerenah..ana blaja drpd mereka..tak dapat digambarkan dgn kata2 tp memberi kesan yg mendalam pd diri ini..bak kata Adilah, kalo kte buat keje ngn ikhlas..hasil yg kte dapat tu kte x dapat nk kongsikan ngn orang len coz ianya sukar utk digambarkan. Ukhti, mga kte sesama tsabat dalam perjuangan yg kte pilih ini!

Hatiku mendung kembali..masih ada lagikah peluang untukku bersama mereka?

12/06/2009

Taklimat bermula sekitar jam 10pg (kalo x silap) oleh Saudara Daing selaku Ketua Fasilitator..kami dibriefing sebelum program bermula pada petang hari. Kemudiannya membuat persediaan dari segi tempat, kediaman dan sebagainya. Aku pada mulanya sungguh tidak sabar untuk berjumpa dengan para peserta. Kejap2 tengok jam..ble la nak kul 3 ni! Semua fasilitator dan urusetia mengerah tenaga di awal pagi supaya program yang bakal dijalankan memberikan 1st impression yang terbaik kepada para peserta, pihak yayasan dan juga pengiring.

Sesampainya para peserta, fasilitator dikehendaki membawa para peserta ke rumah kediaman mereka. Tingkat 5 tu..penat weh! Ada peserta yang suka hati nak cari bilik sendiri tanpa bertanya pada urusetia mahupun fasilitator. Rumahnya patot di tingkat 2 saje tp naik sehingga ke tingkat 5. Tu la..malu bertanya sesat jalan..kn dah sesat! Turun naik kami menyambut adik2..memangla letih tapi wajah2 kesemua urusetia dan fasilitator tidak langsung menunjukkan yang mereka itu dalam keletihan. Syabas!

Kemudian, slot taaruf para urusetia dan fasilitator. Kebanyakan kami datangnya daripada pelajar Tahun 1 (dah nk msk Tahun 2 ni) dari pelbagai fakulti (FEM,FST,FPQS,FSU,FKP). Mumkin disebabkan berlainan fakulti, latar belakang dan juga berlainan pemikiran menghasilkan satu natijah yang sangat hebat. Tahniah Sahabat!

LDK dimulakan dengan aktiviti Ice Breaking dan Pembahagian Kumpulan yang dikendalikan oleh Ketua Fasilitator. Aku dapat lihat muka para peserta macam boring dan terpaksa. Sewaktu pembahagian kumpulan, ada diantara mereka yang bertanyakan padaku "Kak, ble kte nak makan aiskrim?" Terkejut jugak aku dengan soklan adik ni. Rupa-rupanya aktiviti Ice Breaking tu yang disangkakan makan aiskrim! Mana plak aku nak cari aiskrim ni. Memang geli perut aku dibuatnya.

Sewaktu pembahagian kumpulan, aku ditaklifkan untuk memegang Kumpulan 16. Dari situ aku mula mengenali adik Husain (SPM), Ezany (F4), Farah Syahirah (PMR), Hafis (UPSR), Fazren Nazhif (UPSR), Afifah (UPSR), Nabila Atiqah (UPSR), Nadiah (UPSR), Afiqah (UPSR), Athirah (UPSR) dan Akram Fidaiy (D5). Fuh..memang mantopla coz kali ini aku diberi taklifan untuk memegang 11 orang adik yang pelbagai kerenah..kalah adik aku yg 8 orang kt umah tu! Mengenali mereka ini membibitkan erti cinta dan kasih sayang. Moga kalian sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah!

Solat asar-makan malam-persiapan diri

Solat Maghrib secara berjemaah..sesi tazkirah oleh Usth Adilah dr FSU. Syukran enti coz terima tawaran ana untuk bg tazkirah! Ana suka apa yg enti sampaikan! Memang menusuk kalbuku selaku seorang anak dan juga pelajar. Tazkirah yang disampaikan bertajuk Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa, Guru & Orang Lebih Tua sememangnya memberi kesan kepada para peserta. Fesi dhaif seperti aku ni pn boleh sebak! Tahniah Adilah kerana menyahut cabaran ana!

Usai solat Isyak secara berjemaah, LDK 2 diteruskan. Sesi perlantikan AJK peserta dan aktiviti Team Binding. Tahniah buat 6 orang peserta yang memegang tampuk pimpinan Kem Harapan kali ini! Disebabkan kem ini mempunyai 30 kumpulan yang dikendalikan oleh 40 org fesi (sian aku..sorg je!), kami dibahagikan kepada 2 tempat. Kumpulan 1-15 akan stay di Dewan Taklimat (Cafe Nilam) dan Kumpulan 16-30 di Surau. Oleh itu aku dan adik2 trus bergerak mencari port kami dibawah kipas. Para fasilitator diminta untuk mengendalikan aktiviti Team Binding dalam kumpulan masing2. Masa tu mula la adik2 ni menonjolkan perangai masing2..ada yg hyperactive..ada yg senyap je..mmg susah nak kawal ckit coz kebanyakannya mmg hyperactive! Kejap2 jerit panggil Kak Saadah! Susah betoi nak memuaskan hati semua pihak tapi aku telah cuba yg terbaik. Bebudak ni kekadang terlebih idea pun ada..tp buat kejenya tak banyak. Haih~ Masa tu terbitlah idea untuk wujudkan kumpulan yg bernama Sun Break dan bermotokan (bkn motokar k!) kerjasama, bersatu padu n apentah. Lupa plak fesi ni. Dengan cheersnya yg berbunyi..'Apa yg penting, SUN BREAK mesti menang!' menjadi kenangan buat diriku malam tu. Para peserta juga diberi tugasan untuk menulis Warkah untuk Isteri PM. Tugasan ni pun memeningkan kepala aku coz macam2 hal budak2 ni tanya. 'Kak, kalo nak tulis pakai kaler bole?..Kak, sy nak tulis ape ni kt Datin?..Kak, nak panggil isteri PM tu ape?' dan mcm2 soalan diajukan. Aku rasa macam nak pengsan kat situ jugak!


ni la SUN BREAK GROUP!

Untuk urusetia yang berkeliaran melihat gelagat setiap kumpulan, aku mohon maap sesangat coz korang kene layan perangai adik2 aku tu. Ada diantara urusetia yang kene halau drpd datang menyinggah kt group aku. Mohon maap deh! Adik2ku hyperactive sgt! Boleh jadi gila sekejap.

Malamnya selepas minum malam, para peserta diarahkan untuk naik ke kediaman masing2 untuk tidur. Malang sekali sewaktu kami (fasilitator & urusetia) sebok membuat post-mortem, pelbagai aksi dapat dilihat dari jauh. Aku yang sememangnya sangat penat dari pagi mengerah tenaga (bkn aku sorg je penat) agak bengang dengan keadaan camtu. Yang disuruhnya lain, dibuatnya lain! Sewaktu KF (Ketua Fasilitator) membuat sedikit post-mortem, aku lihat dikejauhan Pak Guard seperti ingin memanggil kami semua. Lantas ku ajak K.Syaz untuk berjumpa dgn Pak Guard. Seperti yang ku agak kejadian tu pasti berlaku di mana saje kem. Aku seperti Incredible Hulk 3 selepas Daing n Kinah seperti orang hilang sabar menyuruh adik2 ini tidur. Sakit hati aku melihat keadaan itu! Aku menjerit seolah-olah aku la warden paling garang sekali menyuruh mereka menutup lampu dan tido. Pantang aku melihat adik2 mcm ni. Buat sume sahabat yg x puas ati ngan ana, ana mohon maap, kesabaran ana pun ada had jugak. Malam tu aku pulang ke bilik dengan perasaan sangat sedih. Hanya Allah saje yg tau. Mahu saja aku menangis ketika itu. Aku cuba mententeramkan diri aku..bermuhasabah kembali atas apa yg aku lakukan. Mumkin naluri aku sebagai anak sulung yang x mahu adik2nya hanyut membuatkan aku jadi begini. Sungguh, mereka ini mengingatkan aku pada adik beradikku.


Along rindu kalian~



Malam tu aku bersama Muazzah, Kak Yue dan Kak Mai membuat hirasah (berjaga malam). Memang aku dapat merasa sendiri bagaimana Pak Guard yang seorang tu boleh menjaga kami yang beratus orang ni. Trase sangat penat. Sepanjang hirasah dari pukul 2-3 pagi tu pelbagai ragam ditunjukkan adik2 ni. Mahu saja aku menjerit lagi tapi apakan daya..aku juga sangat penat. Mahu saja aku meminta adik2 yg buat bising tetengah malam tu menggantikan tmpt aku untuk hirasah. Apakan daya kerana itu adalah taklifan yg telah diamanahkan. Allahu Akbar! Aritu memang benar2 mendidik diriku..

13/06/2009

Akibat terlalu lewat bangun, aku terlepas untuk menghadiri slot tazkirah dan minum pagi. Terus segera bersiap untuk ke kampus. Alhamdulillah, sewaktu aku tiba, perasmian masih belum dimulakan. Tanpa berbekalkan apa2 makanan di dalam perutku, trus aku mencari adik2ku. Dari jauh mereka melambai memanggil aku. 'Kak, akak pegi mn pg td?' Malu juga nak menjawap tapi aku hanya tersenyum dan tiada balasan jawapan dariku. Perutku mula trase pedih yang amat. Para fasilitator diminta untuk beratur di luar DKP untuk menyambut ketibaan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Tuhan saja yang tahu tahap gastrikku ketika itu. Aku trase sangat lemah dan mohon kepada Allah supaya sejarah pengsan ku tidak berulang kembali. Menunggu tidak kunjung tiba..tanpa segan silu aku terus duduk dan bersandar di dinding. Haih~ Banyaknya dosaku..

Ketibaan isteri PM ke DKP disambut oleh kami semua. Ke mana sahaja terdapat paparazzi yang mengekori. Letihnya aku melihat segalanya berprotokol. Lalu ku ambil tempat di tepi tangga (mmg tu yg selayaknya utk aku) melihatkan perasmian Kem Harapan Sapura. Aku sudah hilang fokus ketika itu. Hanya jasad disitu tetapi rohku di tempat lain. Kebosanan aku tidak terhingga lagi. Selepas perasmian, aku segera keluar. Oh! Sedapnya makanan! Perut aku terus membuak-buak meminta untuk diisi. Alhamdulillah trase nikmatnya makan. Pagi tu ramai yang sakit perut akibat sarapan pagi. Entah mana puncanya, aku pun tak tahu. Mumkin Allah tanak bagi aku sakit perut lagi kot sebab tu Dia x bagi aku makan breakfast pagi tu.

Tiba2 aku diberi taklifan untuk menjadi Pengerusi Majlis, seram sejuk aku dibuatnya. Dah lama aku x jadi Pengerusi Majlis ni. Aku pun menyahut cabaran Syuhada lalu memikirkan apa yang perlu aku ucapkan. Bagi para peserta lelaki, mereka telah beredar dari DKP untuk trus menunaikan solat jumaat di Masjid Putra Nilai. Cuma yang tinggal di dalam DKP tu hanyalah urusetia dan fasilitator perempuan dan juga para peserta perempuan serta adik2 non-muslim. Dalam memikirkan el-bahhar dan MyLine yang masih belum siap tu, aku berbincang seketika dengan K.Yue. Thanx k.Yue coz tlg adah! Aku rasa makin rapat lak ukhwah antara aku ngn K.Yue selama seminggu aku menumpang teduhan di Nilam. Sungguh aku kagum hari penuh barakah itu dengan adanya sahabat seperjuangan seperti Syuhadah & Huda Sakinah. Ana kagum sangat kt antunna ni! Slot aku kire muhasabah tu sedikit menjentik juga nuraniku. Memang penuh penghayatan. Kalian memang hebat!

Aku juga ditaklifkan untuk membawa adik2 untuk bersolat di FKP. Sukanya aku apabila ada adik yang mengatakan dia suka datang ke USIM. 'Dahla besar, banyak bangunan plak tu' (yeke?) Mumkin dari perspektif dia sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki UPSR melihat itu sebagai suatu kebanggaan untuk belajar di universiti.

Usai solat, fesi telah berkumpul dalam bilik VIP. Kelam kabut aku dibuatnya. Apa yang dibriefing pun aku tatau. Terus aku mengambil tempat duduk dan mengambil sedikit biodata penceramah untuk slot motivasi. Aku yang mengendalikan majlis itu cuba berlaku tenang. Dari jauh aku melihat adik2ku melambai-lambaikan tangan mereka memanggilku untuk turut serta mereka. Apakan daya dik. Akak punye taklifan yang lain. Selepas tamatnya slot motivasi, aku menghampiri adik2ku. Lantas adik Fazren berkata, 'Kak, nape akak x datang kat kitorg. Patotnya akak x pyhla dok situ. Dok ngan kitorg ni'. Ya Allah, sungguh aku terharu lg! Maapkan akk dik. Aku hanya tersenyum lagi. Sungguh, menambahkan lagi rasa mahabbahku terhadap mereka.

Kami bertolak pulang ke Nilam Court..solat asar..dan kemudian meneruskan LDK3 iaitu rantaian nama. Petang2 begitu selalunya peserta akan mengantuk. Jadinya aku mengambil peluang untuk bermain bersama anak buahku. Rantaian nama ini digunakan bersama bola kertas. Dari situ aku mula mengingati semua latar belakang anak buahku.

Kemudian makan malam..mandi..solat maghrib..tazkirah dan solat isyak..

Malam itu adalah malam terakhir aku melakukan LDK bersama adik2. Para peserta ditugaskan untuk melukis Life-Line mengenai kehidupan mereka. Natijah yang aku lihat kebanyakannya mahukan kegembiraan pada masa depan. Ada yang nak jadi lawyer, ada yang nak jadi orang kaya dan sebagainya. Aku tertarik dengan seorang adik ni. Peristiwa gembira yang dialami adalah mempunyai ibu tiri. Lalu pelbagai soalan aku lontarkan. Tetapi dia tetap gembira mempunyai ibu tiri yang sangat menyayanginya. Tak semestinya ibu tiri tu mesti jahat kn..Thanx atas perkongsian..akk telah belajar sesuatu daripada adik! Akibat masa terlalu singkat, aku tidak banyak untuk provoke adik2 ni dalam aktiviti Diri & Kepentingan. Memang kesemua anak buahku memilih keluarga itu lebih penting dari segala-galanya. Setelah ku beritahu akan pendidikan itu lebih penting sehinggalah aku menutup majlis, sorang adik ni telah mengamuk kat aku. 'Kak, mana boleh pendidikan lebih penting dari keluarga! Saya tak kire keluarga saya lagi penting!' Pergh..takut aku dibuatnya adik ni. Suka hatila aku jawap. Trus aku mengajaknya ke Dewan Taklimat untuk mendengar sedikit konklusi daripada KF.

Malam tu, semua peserta dikehendaki tidur awal kerana esoknya mereka akan berqiamullail. Alhamdulillah 6 orang peserta yang diberi taklifan telah menjaga kesemua peserta dengan baik. Alhamdulillah tiada lagi bunyi2 sumbang seperti semalam. Aku lega! Post-mortem lagi, pembahagian check-point utk explorace sok dan aku terus tido.

14/06/2009

Hari ini adalah hari terakhir. Qiamullail telah dijalankan seperti yang dirancang. Alhamdulillah adik2 bangun berqiam. Kemudian solat subuh, persiapan diri dan minum pagi. Seperti yang dijanjikan, kami telah mengadakan explorace. Ada 15 check-point yang terlibat di sekitar kawasan Nilam Court. Aku mewakili check-point 15 bersama nad dan sumaiyah (sumaiyah tlg aku & nad.syukran ukhti!) Sebelum tu fesi2 dibriefing wat kali terakhir sebelum explorace bermula. Tiba2 tanganku diberi mic oleh Kinah. Kinah kata adah conduct jap budak2 ni. Kinah nak briefing untuk check-point. Glup! Pegang mic lg..lalu aku pun mengajak adik2 ni bermain Goreng Pisang. Mulalah gamat suara mereka dalam Dewan Taklimat. Bising bukan main!

Kemudian aku kembali ke tapak check-point ku di hadapan rumah fellow. Penat menunggu. Rupanya mangsa pertama kami adalah anak buahku sendiri! Ada adik yang dah warning aku, 'Kak, jangan bagi kami lama2 kene denda kt cni. Nanti ktorg kalah!' Haih~ Macam2 adik2 aku nih. Check-point aku adalah yang paling senang. Hanya perlu mengikat kaki sesama mereka dengan tali kasut dan berjalan secara serentak. Kemudian aku bagi denda suh depa nyanyi. Lagu gemuruh pun ok dah tu tapi kene nyanyi versi Terengganu. Macam2 style menyanyi..ada yang tergelak2 x tahan dengar kawan menyanyi pelik. Iyelah..versi Ganu Kito!

Abih explorace, kami semua diminta berkumpul di Dewan Taklimat. Terkezut aku tengok anak buahku. Dah macam kene arang kat muka. Ada yang kene kopi la..sirapla..tp nampak comel sangat korang camtu! Ada anak buahku mengadu..'Kak, diorang buat saya..abih muka saya ni dah x comel!' Mahu gelak sepuasnya aku kat situ. Alahai dik. Nampak sangatla mereka ni perlukan perhatian. Setiap gerak geri mereka perlukan perhatian kita. Rindunya saat itu~

Persiapan majlis penutup..makan tengahari dan solat zohor..

Majlis penutup bermula..dikendalikan oleh Saudara Sahril (senior sekolahku nih) selaku Pengerusi Majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang fasilitator. Kemudiannya ucapan daripada Penghulu, Penghuluwati, Ketua Fasilitator dan Pengarah Yayasan Kanak - Kanak Malaysia. Seterusnya penyampaian hadiah kepada adik2 yang terbaik dalam setiap kumpulan (yg ni aku x ske mendiskriminasikan anak buah aku!) Kami bersalaman dengan semua para peserta. Sedih siot masa ni..nasib baik x bercucuran air mata aku..aku just bg kata2 peransang pd adik2 ni. Kemudian majlis pun bersurai tapi kami belum bersurai. Masa ni ramai peminat plak dh..nak bergambo la..mntk no tepon la..memcm hal. Adik yang cakap aku ada husband tu just mntk nk bergmbo skali je..dia takut nak mntk no fon kununnya sbb aku dh ada husband! Lucula adik ni..haih~

Kesimpulannya, aku mengucapkan jutaan tahniah kepada semua fasilitator dan urusetia yang bersusah payah dari hari pertama sehinggalah ke hari yang terakhir. Antum memang hebat! Moga Allah saje yang membalas budi baik kalian.



Truskan melebarkan sayap dakwah wahai jundullah!







4 comments:

Khazinatul_Asrar said...

mashaAllah~
rindunya kat adik2 kem harapan.
Walaupun mereka berperangai camana pun, tp memori indah bersama dalam menyantuni mereka takkan dilupa. Huhuh. Lagi2 yg kes mlm tu. wah, rasa mcm jd mak guard pun ade. Tp mmg best lah.

HuSnaMujahidah said...

subhanallah.. perjalanan cerita yg menyayat hati.. n 'detail' skali..
mabruk2...
rasa cam nak masukkan dlm blog spmm jer.. ahaks...

nway, thanks dear..
kalau kalian takder.. kem mgkin akn hambar..

erm.. naik sem nih.. kita kena atur strategi u hdupkan blog spmm kita..

skang dah jd hambar.. kn?

bersama2 lah kita berganding bahu lpas ni.. insyaAllah..

alifnunalif said...

adik, tu gamabr hidayah ibrahim ek?
ke ateh silap orang ni?

Durratul Akhyar said...

to Khazinatul_Asrar: hehe..bkn k.syaz sorg je rndu..ana pn sm..smpai skang depa dok cntct..mlm tu mmg la dahsyat..rs la kejap jd mak guard=p

to HusnaMujahidah: hehe..menyayat hati ke..merapu ada la..dh2..xde guna publish kt blog spmm tu..ni hak cipta peribadi la..'ala kulli hal..kte pn bergerak bsma..wat keje bsama..jdnya merasai susah n sng juga bersama..maap sekiranya ada khilaf spnjg prog yg dikendali..insyaAllah achik!

to alifnunalif: jap2..hidayah ibrahim mn ek? ni sume urusetia n fasilitator usim je..kot2la ada yg ateh knai..btaula..kotla leh wat jejak kasih..hehe=p

Post a Comment