16 June, 2009

Lawatan Industri ke Karangkraf

Tanggal 3 Jun yang lalu, Program Sarjana Muda Pentadbiran Korporat seramai 30 orang telah berpeluang melawati Kumpulan Karangkraf di Shah Alam. Kami diketuai oleh Sabrina Salwa selaku Ketua Rombongan dan diiringi pensyarah program iaitu Dr Asmady. Kami tiba di sana kira - kira pukul 3 petang (kalo x silapla) dan disambut oleh Encik Hashim. Kemudian kami dibriefing buat seketika oleh Encik Affandi. Setelah itu, kami dijemput untuk menziarahi setiap lokasi kawasan karangkraf. Bermacam ragam kerenah kami di sana. Nak tergelak pun ada. Apepun kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Karangkraf kerana sudi menerima undangan kami ke sana. Jom kita tengok apa yang kitorang buat kat bawah ni!






Saya bukanlah memegang tampuk selaku setiausaha ataupun naib setiausaha. Setakat menjadi photographer je mensnapkan gambo pada hari kejadian. Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana editor, kartunis, designer melakukan tugas mereka dengan penuh efficient. Bahkan kami juga dapat melihat mesin2 yang digunakan untuk pencetakan. Ada mesin yang didatangi khas dari luar negara. Memang hebatlah! Sebelum pulang, kami diberi sedikit cenderahati berupa beberapa majalah keluaran Karangkraf dan mengabdikan kenangan bersama CEO Karangkraf serta Presiden iluvislam.


Selingan~


Sejak akhir2 ini, penulisan saya semakin lama semakin simple dan ringkas. Kenapa ye? Mumkin malas nak berceloteh panjang agaknya.Photobucket Terkadang sengaja biarkan gambar sahaja yang menceritakan situasi sebenar. Ades!Photobucket



Sambung balik cerita..


Pada pukul 5.30 petang, kami dijamu dengan sedikit hidangan dari pihak Karangkraf. Alhamdulillah semuanya kenyang2 belaka! Kemudian pakcik bas Sidek Kanopi yang sememangnya femes di USIM tu membawa kami menunaikan solat asar di Masjid Shah Alam. Sesambil tu kami menikmati keindahan alam yang tiada taranya sambil berfikir akan kekuasaan Allah. Subhanallah! Aku sangat takjub dengan semua ciptaanMu!

Usai solat kami terus beredar menaiki bas Sidek Kanopi ke PKNS. Bak kata pakcik, kat situlah tempat pakcik berdating masa muda2 dulu. Ades..plak dah..mengimbas kenangan btoi..layan jelah! Akibat sesuatu telah terjadi sewaktu dalam perjalanan ke PKNS, aku tekad bahawa sampai saje PKNS aku akan cari dia. Cari sape? Ada la..aku dah tak tahan sangat ni..sakit kaki tau tak!

Haih~Photobucket

Selepas solat dan makan2 di PKNS, kami beredar pulang ke hostel masing2. Memang penat sangat. Dahla esok pagi tu ada klas plak. Alhamdulillah tiba di Acacia pada pukul 10.30mlm. Penat siot tapi kitorang gembira sangat coz dapat jenjalan sesama! Bila lagi nak wat rehlah camni ye? Cemburu gak ngan kos len yang 2-3 tempat gak wat lawatan industri.

Takpe2...


Ada ubi ada batas..
Lenkali kitorg pegi Kepala Batas!

Sekian ceritera mengarut aku..terima kasih kerana sudi membacaPhotobucket

0 comments:

Post a Comment